Gamat Emas Seagold Liquid ini diformulasikan dengan menggunakan
ekstrak daripada gamat emas (Stichopus horrens) yang amat popular di kalangan
pengamal tradisional di Langkawi. Kehadiran bahan-bahan di dalam ekstrak gamat
tersebut telah diuji dengan menggunakan RPLC (Reverse-Phase Liquid
Chromatography) sebelum ia dicampurkan dengan bahan-bahan seperti ekstrak
inulin daripada Chicory, perasa melon dan air osmosis berbalik.
Keberkesanan Gamat Emas diuji pada tikus makmal yang luka dan
normal dan menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Seterusnya,
produk-produk yang telah dihasilkan di kilang telah diuji semula menggunakan
RPLC dan ujikaji menggunakan tikus. Produk Gamat Emas juga telah disahkan bebas
daripada sebarang unsur logam berat yang merbahaya. Antara inovasi yang terdapat pada produk ini adalah
ianya bebas daripada bau yang kurang menyenangkan yang terhasil daripada
ekstrak gamat secara tradisional, penggunaan gula ringkas oligosakarida yang
tidak dimetabolismakan di dalam tubuh berbanding gula polisakarida yang banyak
digunakan oleh produk-produk gamat di pasaran untuk menghilangkan bau hanyir
gamat. Dengan menggunakan oligosakarida, pesakit diabetes Type II pun boleh
menggunakan produk ini tanpa bimbang.
Gamat Emas dikukuhkan lagi dengan penggunaan ekstrak inulin
daripada akar Chicory yang mempunyai bahan perangsang rembesan insulin
daripada pankreas, dan sesuai untuk mereka yang mempunyai yang disebutkan.
Penggunaan sachet bagi menggantikan botol adalah langkah inovatif
berbanding produk-produk seumpamanya di pasaran kerana para pengguna hanya
perlu membawa produk ini mengikut keperluan mereka sahaja. Ini berbeza dengan
produk-produk yang menggunakan botol kerana sebaik sahaja penutup dibuka,
proses pengoksidaan akan berlaku dan seterusnya mengurangkan kualiti produk
dari masa ke semasa.
WWW.WELLNESSSHOPS.NET
WWW.WELLNESSSHOPS.NET
