Thursday, 19 July 2012

Gamat Emas




Gamat Emas Seagold Liquid ini diformulasikan dengan menggunakan ekstrak daripada gamat emas (Stichopus horrens) yang amat popular di kalangan pengamal tradisional di Langkawi. Kehadiran bahan-bahan di dalam ekstrak gamat tersebut telah diuji dengan menggunakan RPLC (Reverse-Phase Liquid Chromatography) sebelum ia dicampurkan dengan bahan-bahan seperti ekstrak inulin daripada Chicory, perasa melon dan air osmosis berbalik.

Keberkesanan Gamat Emas diuji pada tikus makmal yang luka dan normal dan menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Seterusnya, produk-produk yang telah dihasilkan di kilang telah diuji semula menggunakan RPLC dan ujikaji menggunakan tikus. Produk Gamat Emas juga telah disahkan bebas daripada sebarang unsur logam berat yang merbahaya. Antara inovasi yang terdapat pada produk ini adalah ianya bebas daripada bau yang kurang menyenangkan yang terhasil daripada ekstrak gamat secara tradisional, penggunaan gula ringkas oligosakarida yang tidak dimetabolismakan di dalam tubuh berbanding gula polisakarida yang banyak digunakan oleh produk-produk gamat di pasaran untuk menghilangkan bau hanyir gamat. Dengan menggunakan oligosakarida, pesakit diabetes Type II pun boleh menggunakan produk ini tanpa bimbang.

Gamat Emas dikukuhkan lagi dengan penggunaan ekstrak inulin daripada akar Chicory yang mempunyai bahan perangsang rembesan insulin daripada pankreas, dan sesuai untuk mereka yang mempunyai yang disebutkan. Penggunaan sachet bagi menggantikan botol adalah langkah inovatif berbanding produk-produk seumpamanya di pasaran kerana para pengguna hanya perlu membawa produk ini mengikut keperluan mereka sahaja. Ini berbeza dengan produk-produk yang menggunakan botol kerana sebaik sahaja penutup dibuka, proses pengoksidaan akan berlaku dan seterusnya mengurangkan kualiti produk dari masa ke semasa.

WWW.WELLNESSSHOPS.NET